Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.

“Kita sudah lama berada dalam defensive mode (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!” katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.

Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.

Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama.

Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.

Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.

Perdana Menteri menyifatkan aktivis media sosial pro kerajaan BN sebagai panglima di alam maya yang setia mempertahankan dasar kerajaan BN, mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.

“Insya-Allah, dengan semangat juang dan kesepaduan sesama kita, kita mampu peroleh kejayaan besar dalam PRU 14, dan Putrajaya akan kekal milik Barisan Nasional!” katanya. -Bernama

KLIK BACA: Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

KLIK VIDEO: Walau yang tua itu mulut jangan terlalu celupar, kata Najib

KLIK BACA: Tahniahlah Zahid atas kehebatan 1 saranan kena 2 sasaran – Shahbudin Husin

KLIK BACAPRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACA: Jika dari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula? – Shahbudin

KLIK BACA: Ezam saman Najib AS$3.66 bilion

KLIK BACAZahid tak mungkin berani melawan, dipencenkan diminta tidak bertanding pun akan diam – Shahbudin

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share