KUALA LUMPUR – Perodua Bezza telah memenangi anugerah “Kereta Malaysia Terbaik” dan “Kereta Penampilan Baharu” Frost & Sullivan 2017.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan, berkata anugerah itu diberikan selepas mengambil kira angka serta pertumbuhan jualan model, penguasaan pasaran dan kesan keseluruhan terhadap jumlah keseluruhan industri.

Katanya, Perodua Axia pula menggondol anugerah “Kereta Malaysia dengan Nilai Terbaik” Frost & Sullivan 2017 bagi kategori 1.3 dan ke atas.

“Anugerah Kereta Terbaik Malaysia Frost & Sullivan 2017 untuk Bezza ini merupakan satu pengiktirafan ke atas model yang direka sepenuhnya oleh kami,” kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua telah menjual lebih daripada 50,900 model Bezza sejak ia dilancarkan pada tahun 2016. ― Bernama

KLIK BACA: Pulak dah! cadangan Zahid boleh burukkan lagi gambaran Najib, Hisham? 

KLIK BACAPRU14 boleh menang kita sudah asah keris, kata Najib

KLIK BACADari Najib kepada Nasharudin, dari Nasharudin diagih kepada siapa pula?

KLIK BACA: Ezam saman Najib AS$3.66 bilion

KLIK BACA: Larangan kutip derma semasa khutbah Jumaat, Mufti Wilayah patut letak jawatan, kata Zamihan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share