Moscow: Sebuah kapal perang Russia kelmarin dilaporkan belayar menuju ke timur Laut Mediterranean, lokasi dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan 59 peluru berpandu ke Syria ditempatkan.

Seorang pegawai pertahanan AS memberitahu Fox News, kapal Admiral Grigorovich RFS-494 belayar melalui Selat Bosphorus dari Laut Hitam.

Dalam satu lagi perkembangan kelmarin, sebuah kapal pemusnah AS juga belayar ke satu lokasi rahsia untuk mengambil bekalan senjata.

Satu sumber diplomatik tentera di Moscow memberitahu agensi berita Russia, Tass, Admiral Grigorovich akan berlabuh di sebuah pangkalan tentera di Syria.

“Kapal perang yang lengkap dengan peluru berpandu Kalibr akan melawat pangkalan logistik di Tartus, Syria,” kata sumber itu.

Kapal itu dilaporkan mengisi bekalan di Novorossiisk, Russia dan terbabit dalam latihan bersama kapal perang Turki di Laut Hitam.

Tambah sumber itu, kehadiran kapal seberat 4,000 tan di Syria bergantung kepada situasi di negara berkenaan.

Pada awal kelmarin, dua kapal perang AS, USS Porter dan USS Ross di timur Laut Mediterranean melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk terhadap Pangkalan Udara Shayrat di Homs, Syria.

Washington menuduh pesawat pangkalan itu melancarkan serangan kimia terhadap bandar Khan Sheikhun di wilayah Idlib pada Selasa lalu.

Serangan kimia terhadap bandar yang dikuasai kumpulan penentang itu menyebabkan sekurang-kurangnya 86 maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Agensi

KLIK BACA: Raja Bahrin soal PAS kenapa tak mahu perkasa syariah di Terengganu negeri Hadi malah mengejek?

KLIK BACA: Dr Mahathir dakwa Najib melampaui batas kuasa

KLIK BACA: 8 tahun derita di bawah pemerintahan NAJIB

KLIK BACA: Rafizi: SPRM ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit Najib

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE