Kekosongan kerusi salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) terus menjadi tanda tanya apabila pelawak terkenal, Harith Iskander menolak tawaran bagi mengisi kedudukan berkenaan.

Menurut juara pertandingan Funniest Person in the World itu, dia menerima tawaran daripada stesen penyiaran Astro bagi menggantikan kedudukan pelawak terkenal, Najip Ali.

“Sebenarnya memang saya dijemput mengambil tempat Najip Ali.

“Tapi saya tak dapat terima tawaran itu sebab memang jadual saya untuk Jumaat ini dan seterusnya sudah penuh,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Khamis.

Harith yang kini berada di luar negara mengulas mengenai kedudukan Najip yang terpalit kontroversi akibat keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Sehingga kini pengganti Najip sebagai juri tetap MLM2017 disamping Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya masih menimbulkan tanda tanya apabila wakil Astro turut mengunci mulut mengenainya.

MLM2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam. – MDN

KLIK BACA: Kerana polis Najib hilang peluang bersih nama, tulis Tun Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Siti Kasim mahu saman blogger bodoh dia cipta tuhan baru GETARAN

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE