AirAsia melancarkan pengiklanan mencari calon anak kapal yang berpotensi dan ia tidak melepaskan peluang “mengenakan” pesaingnya, syarikat penerbangan Malindo Air.

Di iklan itu tertera: “Kami tidak minta anda tanggal pakaian – Hanya zip dan jadi sebahagian pasukan syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia”.

The New Straits Times melaporkan pengambilan anak kapal AirAsia akan diadakan pada 15 April di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Malindo Air cuba menepis kritikan wakil rakyat, NGO dan pengguna media sosial mengenai proses temu bualnya yang dilaporkan membabitkan arahan calon wanita diarah membuka baju.

The Malay Mail semalam melaporkan Malindo Air meminta pemohon jawatan pramugari mendedahkan bahagian dada, bahagian kaki dengan mengarahkan skirt diselak, seluar panjang dilipat atau menanggalkan sarung kaki.

Dalam satu kenyataan, Malindo Air berkata proses itu diperlukan untuk memeriksa kesan pada badan pemohon dan ia dilakukan secara tertutup dan profesional oleh penyelia wanita.

Katanya, semua calon diberi taklimat terlebih dulu dan kebenaran diperoleh sebelum pemeriksaan dibuat.

NST dalam laporannya berkata kebanyakan pengguna media sosial melihat iklan AirAsia itu sebagai kelakar. – Malaysia Dream

KLIK BACA: Kerana polis Najib hilang peluang bersih nama, tulis Tun Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Siti Kasim mahu saman blogger bodoh dia cipta tuhan baru GETARAN

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE