Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) Kuala Lumpur.

Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia’ yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions Datuk Geethanjali G berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

“Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Malaysia merupakan pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum
meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan melibatkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia. – Bernama

KLIK BACA: Zahid simpati kepada penyokong Pas dengan mainan pemimpin

KLIK BACA: Sabotaj ekonomi umpama Yahudi, kata Asyraf Wajdi

KLIK BACA: Ahli PAS disaran gantikan Hadi, damaikan HARAPAN menjelang Muktamar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE