Jertih: Bayi perempuan berusia enam bulan yang masih menyusu menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa mengikut ibu bapanya bermalam di lokap selepas pasangan itu ditahan kerana memiliki dadah dalam serbuan polis di Kampung Pasir Akar, di sini, petang semalam.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 3 petang itu, polis yang melakukan pemeriksaan menemui satu bekas plastik warna merah jambu di atas almari di dapur.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemui sebanyak 16 tiub penyedut minuman warna biru setiap satu berisi 10 biji pil warna kemerahan selain satu tiub lagi berisi sembilan biji pil yang sama bersama sebiji pil warna kehijauan disyaki dadah.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan isterinya berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah kedai terbabit sejak setahun lalu yang turut mengusahakan kedai makan.

Menurut Mohd Zamri, pasangan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Harian Metro

KLIK BACA: Raja Arab berdiam diri ‘tamparan’ kepada Najib, kata Kit Siang

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

KLIK BACA: Proton dijual lagi baik kita kekal jajahan Inggeris, sindir Dr Mahathir

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE