Manila: Sebuah mahkamah di Filipina semalam mengeluarkan waran tangkap atas dakwaan berkaitan dadah terhadap seorang senator yang juga bekas pegawai hak asasi manusia yang paling lantang mengkritik Presiden Rodrigo Duterte.

Mahkamah Perbicaraan Serantau mengeluarkan waran tangkap terhadap Leila de Lima dan beberapa pegawai yang didakwa Jabatan Keadilan menerima rasuah daripada ketua dadah yang ditangkap.

Leila sebelum ini beberapa kali menafikan tuduhan itu yang didakwanya cubaan Duterte untuk menutup mulutnya.

Senator itu adalah pengkritik paling lantang kempen memerangi dadah yang diterajui Duterte yang kini sudah meragut lebih 7,000 nyawa suspek dadah.

Leila menuduh Duterte menggunakan skuad pembunuh untuk menembak mati pengedar dadah dan penjenayah ketika menjadi datuk bandar.

Dalam kempen terbaru Duterte lebih 2,500 suspek dadah mati dibunuh individu tidak dikenali yang disyaki Leila anggota skuad pembunuh.

Tidak diketahui bila pihak berkuasa akan menangkap Leila dan bagaimanakah reaksi pengikut pemimpin berkenaan. – AP

KLIK BACA: Kenapa PKR mahu Zeti kepalai RCI ke atas 1MDB???

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

TERKINISultan Johor tegur ‘menteri persekutuan yang kurang bijak’

TERKINISultan Selangor tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

TERKINI: Guan Eng hampir tercampak keluar dari kereta…

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE