PELAWAK popular Abam Bocey mendedahkan dirinya pernah diganggu oleh lelaki gila sxks di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Abam, 27, lelaki berkenaan menghantar gambar dalam keadaan bxgel dan cuba menggodanya malah memanggilnya seksi.

“Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook dan lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi.

“Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi,” katanya dipetik BHOnline.

Tambah Abam, walaupun ini kali pertama berlaku, tetapi ia membimbangkannya.

“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” ujarnya

Abam merupakan ahli kumpulan Bocey yang turut disertai Fad dan Achey dan pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share