Pembangkang didakwa hanya tahu memperbesarkan isu-isu remeh dan kecil di negeri ini semata-mata mahu merebut kerusi berbanding menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap tersebut boleh dilihat menerusi tindak-tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak pernah memberikan khidmatnya di Gelang Patah.

Menurut Mohamed Khaled, pembangkang seperti yang diketahui hanya mementingkan kemenangan dalam pilihan raya umum, sebaliknya selepas memenangi kerusi langsung tidak mempedulikan nasib pengundi di kawasan mereka.

“Percayalah Kit Siang akan lari dari Gelang Patah sebab apabila orang tahu dia tidak berkhidmat kepada pengundinya, orang akan menghukum kerana dia tidak buat kerja pun.

“Inilah sikap parti lain (pembangkang) yang hanya mahukan kerusi, kalau Kit Siang umum bertanding juga di Gelang Patah, tunggulah pimpinan Barisan Nasional (BN) di situ akan beri sai­ngan kuat,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Muar, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim merangkap Ahli Parlimen Muar dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Jais Sarday.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam rangka lawatan kerja ke Parlimen Muar turut merasmikan Uptown Maharani sebelum meng­akhiri perjumpaan dengan ahli UMNO Muar dan parti komponen BN.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, sikap pembangkang yang mahukan kerusi semata-mata menyebabkan wakil rakyat mereka yang bukan anak tempatan tidak memahami aspirasi rakyat Johor.

“Malah, ada timbul ura-ura (Datuk) Zaid Ibrahim nak bertan­ding di Johor, dia bukan orang tempatan jadi percayalah dia tak akan bawa suara (orang) Johor di Kuala Lumpur (Parlimen) sebab dia tak faham aspirasi kita,” tegasnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapannya yang meramalkan PRU-14 mungkin diadakan selepas Aidilfitri, meminta jentera UMNO dan parti komponen BN di negeri itu membuat persiapan mulai sekarang.

“Semua harus sedar kita berdepan cabaran yang berbeza berbanding dahulu, kita kena bergerak secara kolektif dengan menetapkan matlamat untuk pertahankan kerusi sedia ada dan tawan kerusi yang belum milik kita,” katanya. – Utusan Malaysia

KLIK BACAMukhriz Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir tak suka…

KLIK BACA: Zahid cuba aibkan Najib, cybertooper sokong kerajaan tinggal 6.6 peratus?

KLIK BACA: MAHFUZ SIMPATI ADA PIHAK CUBA JATUHKAN RAKANNYA ZAHID TAPI SIAPA?

TERKINI: Forest City pajakan 99 tahun atau pegangan bebas NAJIB?

KLIK BACA: Teks ucapan Dr Mahathir yang orang melayu mesti baca!

TERKINI: Kuat betul tawakal Dr Mahathir pelawa diri ditangkap dan dibicarakan – Ana Ghoib

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share