Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak orang ramai memberikan pandangan dan pendapat mereka terhadap gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Perdana Menteri berkata orang ramai boleh mengemukakan pandangan dan pendapat mereka ke e-mel najib@najibrazak.com selewat-lewatnya pada 2 petang Khamis sebelum perbincangan mengenai TN50 dijalankan.

“Apakah aspirasi anda untuk Malaysia di 2050?

“Saya akan membincangkan topik ini bersama golongan muda Malaysia dalam sesi Dialog Perdana TN50 esok (Khamis), dan saya juga ingin mendengar daripada anda semua,” kata Najib dalam catatannya di laman rasmi Facebook beliau, Rabu.

TN50 yang digagaskan Najib merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Pada petang ini, satu sesi dialog perdana utama untuk program TN50 akan diadakan.

Program ini akan meliputi sesi public engagement (perbincangan awam) yang akan bermula dengan generasi muda membincangkannya dan untuk kerajaan mendapat input dan cadangan berkenaan hala tuju negara menjelang 2050, iaitu tempoh selama 30 tahun daripada 2020.

Pelancaran ini akan diadakan di Universiti Malaya yang akan menyaksikan perdana menteri akan berinteraksi dengan 500 belia Malaysia atau generasi muda Malaysia. – Bernama

KLIK BACA SURAT: ‘Jika dituduh penderhaka, biarlah’ – Tun Mahathir

TERKINI: Peguam nafi tuduhan Rosmah tandatangan cek sebagai “Eric Tan”

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

KLIK BACAPenerangan peguam Dr Mahathir mengenai Jho Low @ Eric Tan

KLIK BACA: Najib – Dr Mahathir mampu melakukan sekali lagi untuk Malaysia

TERKINI: Jho Low dan Eric Tan orang yang sama, apa maknanya?

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB” – Datuk Kadir Jasin

TERKINI: Dr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

KLIK BACASyaidina Umar pun mahu menjadi Juru Azan atau Muazin

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE