Bank Negara hari ini menegaskan laporan media mengenai ‘penyeluk saku elektronik’ bagi kad bank tanpa sentuh yang kini sedang menular di media sosial adalah tidak benar.

Melalui kenyataannya di laman Facebook, Bank Negara menyatakan, kad bank tanpa sentuh yang dikeluarkan itu dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang tidak memungkinkan maklumat kad tersebut boleh dicuri menggunakan kaedah elektronik (electronic pick-pocketing).

Kenyataan itu menyebut, cip pada kad bank yang dikeluarkan itu menjana kod dinamik bagi setiap transaksi manakala bagi transaksi online pula, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urusniaga atau (transaction authorisation code) TAC yang akan dihantar kepada telefon mudah alih yang telah didaftarkan.

“Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’ untuk mengklonkan kad terbabit atau digunakan oleh individu tertentu bagi transaksi yang tidak dibenarkan.

“Untuk itu, pemegang kad dinasihatkan untuk melindungi kad pembayaran dan nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka pada setiap masa,” kata kenyataan itu lagi lapor Utusan.

Menurut kenyataan itu, pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan kadar segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan telah digunakan ke atas kad mereka.

KLIK BACA SURAT: ‘Jika dituduh penderhaka, biarlah’ – Tun Mahathir

TERKINI: Peguam nafi tuduhan Rosmah tandatangan cek sebagai “Eric Tan”

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Penerangan peguam Dr Mahathir mengenai Jho Low @ Eric Tan

KLIK BACA: Najib – Dr Mahathir mampu melakukan sekali lagi untuk Malaysia

TERKINI: Jho Low dan Eric Tan orang yang sama, apa maknanya?

TERBARU: “Tak boleh salahkan mufti, lebai dan haji kalau tak faham 1MDB” – Datuk Kadir Jasin

TERKINI: Dr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

KLIK BACA: Syaidina Umar pun mahu menjadi Juru Azan atau Muazin

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE