Barisan Nasional mempunyai peluang lebih baik untuk menang sekiranya pilihan raya umum kilat diadakan, kata seorang penganalisis.

Malah, kemenangan BN yang meyakinkan bermakna persaraan penuh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada politik, kata Norshahril Saat, felo di Institut Iseas-Yusof Ishak di Singapura.

Norshahril, yang mengkaji politik di Singapura, Malaysia dan Indonesia berkata pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan menjadi tahun penentu politik Malaysia.

Ramai penganalisis, katanya, menjangkakan PRU diadakan pada separuh tahun kedua tahun ini, tetapi selewat-lewatnya pada Ogos 2018.

Keputusan pilihan raya umum itu, katanya dalam satu artikel di Today Online, akan menjawab sekurang-kurangnya 4 isu politik iaitu:

Advertisements

Bagi Barisan Nasional, pilihan raya nanti akan menguji kemampuannya untuk pulih daripada skandal 1Malaysia Development Berhad;

Ia juga akan menguji kerjasama antara Umno, MCA dan MIC, dan memberi petunjuk sama ada parti berasaskan etnik masih relevan;

Bagi pembangkang pula, pilihan raya akan menjadi kayu pengukur perpaduan dan kemampuannya. PRU14 merupakan peluang terbaik pembangkang untuk mengalahkan BN, selepas ia menewaskan parti pemerintah dalam undi popular pada pilihan raya lalu.

Ia juga akan menguji populariti Dr Mahathir dan kaitannya kepada politik Malaysia. Sekiranya pembangkang gagal, ia juga bermakna era Dr Mahathir sudah berakhir.

Norshahril berkata Dr Mahathir tidak berhenti berpolitik selepas meletakkan jawatan perdana menteri. Beliau sering mengkritik kerajaan dan memainkan peranan penting dalam mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Tahun lepas, Dr Mahathir menubuhkan parti pembangkang – Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Sekarang ini, sesetengah pembangkang menganggap Dr Mahathir harapan utama mereka menumbangkan BN. Ia juga ironis apabila Dr Mahathir ditugaskan menyelamatkan pakatan pembangkang yang bermula sebagai pakatan untuk menggulingkan beliau.

“Usaha Dr Mahathir menyatukan pembangkang mula menunjukkan hasil, tetapi sejarah autoritarian terus menghantui beliau.”

Norshahril memberi contoh persahabatan baharu antara Dr Mahathir dan musuh ketatnya, Lim Kit Siang daripada DAP, dan bekas timbalan perdana menteri yang dipecatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada musuh yang kekal dalam politik dan “betapa cepatnya ahli politik Malaysia melompat dan bertukar arah demi kepentingan politik”.

Norshahril berkata Umno, juga untuk kepentingan politik, sepanjang 2016 “memainkan isu kaum dan agama secara lebih menonjol dan mendekati parti pembangkang Islam, PAS”.

Beliau menyatakan Najib pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini memberi amaran kepada orang Melayu sekiranya partinya tewas pada pilihan raya akan datang, DAP yang sekular dan dikuasai Cina akan memerintah Malaysia.

Pernah suatu ketika Umno dan PAS saling serang-menyerang tetapi nampaknya semacam ada suatu persefahaman antara mereka buat masa ini.

“Ahli politik Malaysia nampaknya boleh berdamai lebih cepat daripada rakyat Malaysia lain,” katanya.

Menegaskan pembangkang masih belum menyelesaikan beberapa isu mendesak, beliau menambah, rakyat Malaysia tidak akan menganggap pembangkang sebagai pencabar serius untuk membentuk kerajaan persekutuan melainkan jika ia boleh bersetuju untuk menubuhkan Kabinet bayangan.” – FMT

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Jens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share