Jakarta: Syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Citilink semalam memberitahu, pihaknya menyiasat seorang juruterbang yang dilaporkan mabuk sebelum kapal terbang berkenaan berlepas.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada awal pagi semalam itu turut viral di media sosial di Indonesia.

Pesawat itu dijadualkan berlepas pada jam 5.15 pagi (waktu tempatan) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Jakarta.

Kementerian Pengangkutan melaporkan, penumpang pesawat itu bingung dengan pengumuman yang kurang jelas dibuat juruterbang itu sehingga mengesyaki dia mabuk.

Ramai penumpang bertindak keluar dari pesawat dengan sembilan daripada mereka memutuskan untuk membatalkan penerbangan.

“Kami meminta maaf kerana kelewatan dan ketidakselesaan penumpang Citilink Indonesia penerbangan QG 800,” kata Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Citilink, Benny S Butarbutar dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu, ujian awal dadah dan alkohol terhadap juruterbang itu didapati negatif tetapi krew itu akan menjalani ujian perubatan selanjutnya.

Selepas insiden itu, Citilink mengambil keputusan menggantikan juruterbang berkenaan dan pesawat itu akhirnya berlepas dengan 154 penumpang selepas sejam tertunda.

Ketua pengarah pengangkutan udara di Kementerian Pengangkutan, Suprasetyo dalam satu kenyataan berasingan mengarahkan Citilink memastikan juruterbang itu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera. – Agensi

DIKEMASKINI: Rafizi batal hasrat laporan polis terhadap Najib

KLIK BACA: Pembelian Felda di Indonesia usaha ‘bailout’ kroni, kata penganalisis

DIKEMASKINI: Tuan Ibrahim: Urus niaga Felda-Eagle High hanya untungkan Rajawali

MESTI BACASiapa Peter Sondakh kepada Najib? – Eagle High – Felda

KLIK BACA: Felda rugi: ANAK mahu SPRM siasat Najib, 4 lain

TERKINI: Harussani mufti Perak nasihat Mahathir jangan fatwa BR1M rasuah, beramal di hujung hayat

KLIK BACA: Dr Mahathir merapu meroyan kata Veteran Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share