Hulu Kelang: Bintang legenda, Tan Sri SM Salim meninggal dunia di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi akibat sakit tua.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun dan meninggalkan isteri tercinta Puan Sri Aishah Abdul Ghani, tujuh anak serta 13 cucu.

Menurut isteri Allahyarham, dia dan anak-anak reda dengan pemergian penghibur tersohor itu kerana tidak sampai hati melihat kesakitan yang ditanggung selama ini.

“Saya yang melihatnya pun tidak sampai hati. Inikan pula dia yang merasai dan menanggung sakit yang dialami sejak 17 tahun lalu.

“Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi”€ katanya kepada Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Baru. Walaubagaimanapun, masa untuk pengkebumian belum ditetapkan. – Harian Metro

DIKEMASKINI: Rafizi batal hasrat laporan polis terhadap Najib

KLIK BACA: Pembelian Felda di Indonesia usaha ‘bailout’ kroni, kata penganalisis

DIKEMASKINI: Tuan Ibrahim: Urus niaga Felda-Eagle High hanya untungkan Rajawali

MESTI BACASiapa Peter Sondakh kepada Najib? – Eagle High – Felda

KLIK BACA: Felda rugi: ANAK mahu SPRM siasat Najib, 4 lain

TERKINI: Harussani mufti Perak nasihat Mahathir jangan fatwa BR1M rasuah, beramal di hujung hayat

KLIK BACA: Dr Mahathir merapu meroyan kata Veteran Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share