MOSCOW: Tiada tanda-tanda yang menunjukkan 92 mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat Rusia terhempas di Laut Hitam selamat.

Pesawat Tu-154 yang dalam perjalanan ke Syria terhempas sejurus berlepas dari selatan bandar Adler selepas mengisi minyak, demikian menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov dalam kenyataan di laman web kementerian.

Ia hilang dari radar hanya dua minit selepas berlepas pada pukul 5.25 pagi.

Kementerian itu memberitahu bahawa tidak ada tanda-tanda mangsa yang terselamat di lokasi kemalangan.

Sehingga kini 10 mayat ditemui di luar pantai bandar peranginan Sochi.

Pihak berkuasa berjanji untuk menghantar 100 penyelam tambahan untuk membantu dalam operasi pencarian.

Presiden Vladimir Putin memberitahu televisyen kerajaan bahawa Rusia akan berkabung pada Isnin. – Agensi

TERKINIMasalah FGV seperti 1MDB bermula dari saat ia ditubuhkan – Kadir Jasin

TERKINI: Pentadbiran Najib tumbang jika 5% peratus undi Felda beralih – Rafizi

DIKEMASKINI: Jamal mohon maaf kepada Siti Nurhaliza, tapi…

TERKINI: Tun Mahathir penasihat kerajaan ‘selamatkan’ dari masalah kewangan jika pembangkang menang PRU

KLIK BACAAmbil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang – Mahathir

KLIK BACA: Najib tanggung beban, pengurusan 1MDB yang ‘mangkuk hayun’, kata Menteri Kewangan II

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share