Selepas subsidi minyak masak dikurangkan mulai 1 November, kerajaan mahu memperkenalkan minyak subsidi satu kilogram dalam botol.

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Minyak masak bersubsidi di dalam botol berisipadu satu liter akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pengenalan minyak masak itu sebagai usaha kementerian memberi pilihan kepada pengguna membeli minyak masak bersubsidi dalam botol atau dalam pek (paket).

Ketika ini bahan itu terdapat hanya dalam bentuk paket.

“Minyak masak dalam botol ini pastinya harga akan lebih mahal daripada dalam pek. Kos menyediakan minyak dalam pek kurang daripada 10 sen, manakala dalam botol melebihi 40 sen. Ini perlu difahami,” kata beliau.

“Saya dah berjumpa dengan ‘repackers’ (pembungkus) pada Rabu. Saya nak pastikan berapa orang mampu buat ini dan baru saya umumkan pengeluarannya apabila semua sudah dipersetujui,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Forum Pengguna VI 2016 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Sebelum ini, kementerian berkenaan mengumumkan, mulai 1 November harga minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar, manakala harga minyak masak paket satu kilogram kekal pada RM2.50. — Bernama

KLIK VIDEO: Musuhi Pakatan Harapan bermakna sokong Najib – Dr Mahathir

KLIK BACA: Hubungan Malaysia-China: Melayu dilatih miliki tabiat ‘ikan’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Sanusi Junid – Orang pintar tetapi tidak bermoral merugikan bangsa

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share