LONDON – Terdapat khabar angin mengatakan Ratu Elizabeth akan turunkan takhta pada Putera William, bukannya Putera Charles menerusi laman web gosip lapor WKRG.

Laman web hiburan,Closer Weekly melaporkan minggu ini bahawa Ratu secara rasmi menamakan cucunya sebagai pewaris takhta, menjadikan Putera William dan isterinya, Kate Middleton sebagai Raja dan Ratu England.

Majalah tabloid Life & Style terbitan Amerika Syarikat turut mempersoalkan kesahihan laporan tersebut dan menjadikannya muka depan majalah mereka.

Sementara itu, laman web gosip, Cop pula mengeluarkan kenyataan daripada jurucakap rasmi istana mengenai perkara tersebut.

“Perlu diingat bahawa tiada ‘orang dalam istana’ yang berani merujuk Ratu sebagai ‘Elizabeth’ dan ‘Duke dan Duchess Cambridge’ hanya sebagai William dan Kate.

“Selain itu, tiada pengumuman rasmi dibuat seperti yang didakwa tabloid berkenaan serta masih tiada perubahan di dalam pewarisan takhta setakat ini,” katanya. – Agensi

KLIK BACA: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Pejabat anak diserbu LHDN, saya sedia disiasat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Seakan halalkan 1MDB pindah hutang kepada rakyat, saran PAS bawa Arul berdepan Parlimen – Rafizi

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share