Kuala Lumpur – Dua rang undang-undang (RUU) pengangkutan awam dan perdagangan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini: RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Dengan lulusnya pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat itu memberikan kerajaan kuasa untuk mengawal selia syarikat “e-panggilan” (e-hailing) seperti Uber dan Grab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata syarikat e-panggilan juga perlu menyerahkan identiti pemandu mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk pemeriksaan latar belakang jenayah sebelum diambil bertugas.

“Syarikat perlu menyerahkan identiti pemandu kepada SPAD, termasuk pemandu Uber dan Grab sementara.

“Pemandu berpotensi akan diperiksa demi keselamatan penumpang,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Dengan lulusnya pindaan itu juga akan mewajibkan syarikat e-panggilan memiliki lesen perniagaan perantara dan mematuhi syarat yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Syarat itu termasuk jenis perkhidmatan yang disediakan, langkah memastikan keselamatan penumpang, dan piawaian prestasi yang perlu dipatuhi syarikat e-panggilan.

Nancy menambah banyak rundingan dilakukan dengan pihak berkepentingan dalam pembikinan RUU itu.

Beliau berkata pemandu teksi dan pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kenderaan, dan memiliki insurans dan kad pemandu perdagangan.

“Pemeriksaan kenderaan diperlukan. Ini bagi memastikan kereta yang digunakan selamat untuk pemandu dan penumpang.

“Pemandu teksi perlu menjalani pemeriksaan setahun sekali daripada 2 kali setahun sekarang ini. Ini akan mengurangkan perbelanjaan pemandu teksi.

“Begitu juga syaratnya untuk pemandu e-panggilan. Pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan jenayah dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“SPAD akan menyimpan rekod mereka dalam bank data untuk rujukan.” – MDN

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: “Saya tak cabar Apandi bersumpah kalau tak tahu maklumat sulit 1MDB” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA: “Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara”

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Korek sejarah Tun Mahathir, kata Khairy

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share