TERENGGANU – Bazar Ramadan memang lokasi yang pasti diserbu setiap hari menjelang waktu berbuka kerana hampir semua makanan dijual di situ.

Di situ jugalah anda mungkin akan bertemu dengan makanan pelik, yang langsung anda tidak pernah lihat sebelum ini, lapor mStar.

Contohnya arnab goreng, yang gambarnya telah dikongsi di Facebook oleh seorang pengunjung bazar Ramadan di Kampung Guntong, Terengganu.

Dua keping gambar yang dimuat naik itu telah menarik minat netizen yang rata-rata terkejut dan tidak dapat meneka apa yang dijual.

Berdasarkan komen, ia adalah arnab yang digoreng.

Advertisement

“Arnab. Sebab kaki belakang lebih besar dari kaki depan,” tulis Tajuddin Al Hammam.

Dalam pada itu ada juga yang menyarankan agar si penjual memotong kepala arnab ini sebelum dijual kepada pelanggan.

Tak kurang juga yang ‘tak sampai hati’ untuk makan haiwan ini walaupun ia halal dan telah disembelih. – MDN

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK BACA: Musa Hassan ex-IGP salah Najib ada akaun lain bayar, kata Rafizi

KLIK BACA: Pilih Isa Samad atau saya, kata Zakaria kepada pemegang saham FGV

KLIK BACAZakaria jadi mangsa Isa Samad, kata Persatuan Anak Peneroka Felda 

KLIK BACA: Kucing ‘status’ lebih penting dari jawab soalan?

KLIK BACA: 1MDB sudah terang lagi bersuluh – Tan Sri Adam A Kadir

KLIK BACA: Hadi jelaskan kenapa PAS bisu calon PM?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share