Pegawai Kadet Laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)  ditemui mati dibunuh pada pagi Jumaat.

Mangsa Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia petang Khamis selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Difahamkan mangsa ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Kematian mangsa disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya lapor mStar.

“Innalillah…sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan segera. Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

Sementara itu, polis menahan 30 individu di UPNM di Sungai Besi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. – MDN

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar peguam negara buktikan wang 1MDB masih ada?

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share