BEBERAPA anggota polis terbakar selepas penunjuk perasaan bertindak membaling bom petrol di Paris, Isnin.

Enam pegawai cedera dalam rusuhan pada Hari Pekerja yang membantah kemenangan Marine Le Pen dalam pada pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis.

Seorang pegawai, dipercayai lelaki dalam gambar di atas, cedera serius disebabkan bom api yang meletup di atas topi keledar yang dipakainya.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan pegawai berkenaan berlari dari tempat kejadian untuk cuba memadamkan api yang membakar pakaian di tubuhnya.

Keganasan tercetus berhampiran Place de la Bastille, di mana penunjuk perasaan menjerit ‘fasis keluar!’

Sumber polis berkata: “Kira-kira seratus penunjuk perasaan yang menutup kepala cuba menghampiri garisan polis sedekat yang mungkin dan kemudian seorang atau dua daripada mereka melemparkan Molotov Koktail.

“Seorang pegawai melecur serius di bahagian muka. Dia dikejarkan ke hospital. Keadaannya tidak baik, tetapi tidak mengancam nyawa.”

Seorang lagi pegawai mengalami luka di tangan yang serius, manakala yang lain cedera ringan.

Terdapat lima tangkapan telah dibuat setakat ini. – Mstar

KLIK BACA: Banduan kes bunuh dapat ijazah kedua konvo OUM 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: PAS diuji dengan bala ribut

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share