oleh Alyaa Al-Hadjri

Rizal (nama samaran) mula memasuki penjara Kajang pada tahun 2001 sebagai seorang remaja.

Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun di penjara sebelum disabitkan atas kesalahan dadah yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

Selepas 16 tahun di dalam penjara, Rizal, bersama-sama dengan beberapa banduan Kajang lain, hari ini, menyertai lebih 600 graduan dalam menerima sijil daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kedua-dua banduan Kajang itu dianugerahkan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Advertisement

“Pendidikan adalah penting kerana dapat melihat perbezaan dalam diri saya.

“Dahulu, apabila membuat apa-apa keputusan, saya hanya memikirkan kepuasan diri sendiri. Sekarang, saya akan fikirkan akibat ke atas masyarakat,”kata pemuda berusia 30 tahun dari Sabah itu kepada pemberita sebelum majlis konvokesyen (OUM) di Kuala Lumpur, hari ini .

Fattah mendaftar dalam program Sekolah Integriti Kajang dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2006. Beliau kemudiannya lulus peperiksaan STPM dan menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan – juga melalui OUM.

“Saya akan meneruskan pengajian selagi diberi peluang untuk berbuat demikian.

“Saya bercita-cita untuk terus memperbaiki diri,” kata Fattah, sambil menambah matlamat beliau seterusnya adalah menyambung pengajian ijazah kedoktoran melalui OUM. – MalaysiaKini

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: PAS diuji dengan bala ribut

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share