oleh Arif Atan

Penyelesaian awal kerajaan sebanyak USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) terhadap tuntutan Abu Dhabi Petroleum Investment Co (IPIC) mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada salah laku jenayah yang baru, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, langkah bagi melangsaikan pinjaman dan faedah terkumpul ke atas jaminan bon USD3.5 bilion (RM15 bilion) yang diberi IPIC ke atas pinjaman 1MDB seperti dilapor The Straits Times Singapura itu dibimbangi akan menjejaskan saman Civil Forfeiture kerana tiada lagi kesalahan predikat (predicate offence).

“Pengakuan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian tersebut tetapi ia diuruskan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan Perdana Menteri terlibat secara langsung dengan rundingan penyelesaian tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, saman Civil Forfeiture oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset-aset yang diklasifikasikan haram mencecah USD1 bilion (RM4.3 bilion) tahun lalu mendedahkan bahawa jumlah RM3.5 bilion tersebut telah diseleweng dan menjadi subjek kepada siasatan di bawah undang-undang pengubahan wang haram.

Advertisement

“Jumlah tersebut tidak dibayar kepada anak syarikat IPIC yang tulen iaitu Aabar Investment PJS, tetapi dibayar kepada syarikat samaran palsu di British Virgin Islands iaitu Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI).

“Jumlah itu dilapor telah dinikmati bersama antaranya oleh Jho Low, Riza Aziz dan ‘derma’ RM2.6 bilion,” bidas peguam berkenaan.

Peguam Faiz Fadzil – Foto Malaysia Dateline | FMT

Faiz berkata, tiada sebarang tindakan jenayah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara seolah-olah perlakuan jenayah itu dilindungi ‘Malaysian Official 1’ walaupun pelbagai dakwaan salah laku jenayah oleh Jho Low telah didedahkan sehingga beberapa pegawai bank di Singapura terbabit telah dijatuhkan hukuman.

“Kerajaan juga sehingga kini masih berdiam diri tentang bentuk tindakan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali kehilangan AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar BVI.

“Kekebalan istimewa yang diberikan kepada Jho Low ini menimbulkan pelbagai kemusykilan di kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa kerana mereka mempunyai hubungan yang begitu akrab,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat rundingan penyelesaian melibatkan Pejabat Perdana Menteri yang dianggap bagi melindungi kes jenayah yang didakwa dilakukannya, Riza Aziz dan Jho Low ini boleh dianggap wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan campur tangan terus (direct interference).

“Inilah yang membolehkan Perdana Menteri disiasat di bawah Seksyen 212 dan 217 Kanun Keseksaan serta pelbagai kesalahan rasuah dan jenayah lain termasuk penipuan dan pecah amanah di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaan.

“Lebih teruk lagi, jika penyelesaian awal ini menggunakan wang rakyat sebagai pembayar cukai. Sekali lagi Perdana Menteri mencuri wang rakyat dan melakukan pecah amanah untuk menutup kesalahan pertamanya yang setakat kini telah disucikan,” tegas Faiz lagi. – Sumber: Malaysia Dateline

KLIK BACA: Hairan kenapa Johari tidak terlibat rundingan 1MDB? 

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

Advertisement

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles aggregated from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share