Tun Dr Mahathir menyenaraikan sebab dunia tidak akan menghormati Malaysia sekalipun Datuk Seri Najib Razak mendakwa sebaliknya – Foto FMT

Bagaimana dunia hendak menghormati Malaysia apabila berlaku terlalu banyak kesilapan di bawah kerajaan sedia ada, soal Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi catatan terbaru di blognya Chedet.cc

Bekas perdana menteri itu menyenaraikan beberapa sebab dunia tidak akan menghormati Malaysia, sekalipun Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat antarabangsa berbuat demikian.

Katanya, paling utama ialah tahap rasuah di negara ini apabila dunia melabelkan Malaysia sebagai sebuah daripada 10 negara paling korup di dunia.

Antara isu berkaitan rasuah ialah skandal 1Malaysia Development Bhd yang tidak diselesaikan, termasuk kehilangan berbilion ringgit dan peguam negara Switzerland berkata, beliau tidak mendapat kerjasama daripada peguam negara Malaysia dalam siasatan ke atas 1MDB.

Advertisement

“Kemudian ada AS$681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadi PM,” katanya merujuk wang yang dimasukkan ke akaun Najib.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Najib bebas daripada sebarang salah laku kerana wang itu adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Dr Mahathir berkata, mengisytiharkan beberapa laporan siasatan oleh agensi tempatan sebagai rahsia kerajaan sukar diterima dunia.

“Dunia sedar akan pemecatan juruaudit oleh 1MDB dan tiada pengauditan 1MDB sejak 2 tahun lalu.

“Fakta ini diketahui dunia. Rakyat Malaysia tahu lebih lanjut. Mereka tahu kerajaan Malaysia banyak berhutang, berada dalam defisit dan tidak mampu memenuhi peruntukan bajet.

“Mereka tahu tahap tinggi rasuah dalam kerajaan. Mereka ketawakan sokongan yang dirancang untuk perdana menteri. Dan mereka tahu sejumlah besar wang yang diterima ahli Parlimen BN untuk menjamin kesetiaan mereka.

“Mereka tahu kejatuhan nilai ringgit, kos sara hidup tinggi dan penurunan taraf hidup mereka.”

Dr Mahathir berkata, “media terkawal” mungkin menyiarkan laporan indah tentang ekonomi Malaysia, tetapi dunia tahu rakyat Malaysia menderita dari segi ekonomi dan kadar pengangguran, serta mereka hidup dalam ketakutan diganggu agensi kerajaan.

“Dalam dunia komunikasi dan Internet serba mudah, apa yang rakyat Malaysia tahu juga akan diketahui seluruh dunia. Oleh itu, soalan ditanya kepada rakyat Malaysia apabila mereka ke luar negara.

“Di mana, sebelum ini ada kebanggaan terhadap pencapaian Malaysia, kini warga asing tanya rakyat Malaysia ‘Apa yang berlaku kepada negara anda?’. Jelas sekali mereka tahu berlaku kesilapan di Malaysia.

“Tetapi, Najib seolah-olah menuntut dunia menghormati Malaysia. Apa yang perlu dunia hormat kepada Malaysia?” soalnya. – FMT

READ MORE: Dr Mahathir: Really, you wants the world to respect Malaysia?

KLIK BACARafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Adam Rosly mengaku pinjam Ah Long RM500,000

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share