Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang orang ramai menderma kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, PPBM gagal mendapat sebarang sumbangan kerana penderma bimbang akan disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Masalah yang kami hadapi ialah Najib mahu mencapai kemenangan, jadi untuk mengalahkan pembangkang, khasnya PPBM, kami tak terima sebarang sumbangan.

“Sesiapa pun yang hendak menderma kepada PPBM akan disiasat LHDN. Walaupun sudah bayar balik, mereka akan disiasat juga,” katanya ketika menghadiri Jelajah Semarak Kasih Felda Bersama Tun Dr Mahathir di Parlimen Sekijang, Segamat, Johor, pada Sabtu malam.

Turut hadir ialah Pengerusi Amanah Johor merangkap Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan serta ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Advertisement

Pengerusi PPBM itu mendakwa ia adalah taktik perdana menteri untuk menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi seperti biasa.

Walaupun PPBM tiada wang, beliau bagaimanapun percaya rakyat mampu menggulingkan Najib.

“Kita semua tahu nilai undi, tetapi jangan jual undi.”

Bekas perdana menteri itu berkata, jika Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan persekutuan, negara termasuk ekonomi akan dipulihkan secepat mungkin, termasuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara beransur-ansur.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menyeru ahli Umno keluar parti kerana ia bukan lagi parti diasaskan Tunku Abdul Rahman, sebaliknya ia adalah parti Najib.

“Saya berada dalam Umno lebih lama daripada anda, saya sudah keluar parti, kamu semua pun keluarlah.” – Sumber: Free Malaysia Today

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Jemaah umrah, imam terima gambar lucah daripada telefon Ku Nan

KLIK BACA: Rafizi saman Raja Petra bawa balik Malaysia hadapi perbicaraan

KLIK BACAShahbudin buktikan Hadi salah suruh pilih Pas atau Umno

KLIK BACA: Pelantikan Hisham – Najib bimbang hadapi PRU14

KLIK BACA: Pemikiran Husam setanding Dr Mahathir – Mohd Sayuti Omar

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS

KLIK BACA PENJELASAN: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH?

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share