Suspek perogol yang berjaya ditahan polis – Foto RRI

PAPUA BARAT, INDONESIA: Warga bandar Sorong digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Kasia Mamangsa dalam lumpur, pada petang Selasa.

Mangsa yang berusia 4 tahun itu ditemui ditanam dalam lumpur dengan keadaan tangan diikat, dipercayai dirogol sebelum dibunuh, berdasarkan penemuan darah di sekitar kemaluan mangsa.

Mayat mangsa kemudian dari sungai berlumpur itu sebelum dihantar ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.

Terdahulu, ibu mangsa, Yuli, juga berusaha mencari anak kecilnya itu, namun gagal menemui mangsa. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke lumpur berkenaan, menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu. Kesemua suspek yang ditahan adalah merupakan jiran mangsa.

Menurut saksi, ketiga-tiga mangsa sebelum itu baru selesai berpesta dan dilihat membawa seorang kanak-kanak kecil di sekitar bandar, tidak beberapa jauh dari rumah mangsa sebelum gerakan mencari dilakukan.

Polis terpaksa mengenakan kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari ahli keluarga mangsa.

KLIK VIDEOVideo Penculik Van Putih Ditangkap Setelah Dikejar Orang Awam

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share