SEORANG wanita di China sanggup menggunakan tuala wanita yang berdarah sebagai ‘senjata’ untuk menghalang pasukan perobohan daripada bertindak meruntuhkan rumahnya.

Meskipun ia kedengaran pelik dan tidak masuk akal namun taktik ‘manja’ yang digunakan oleh wanita terbabit berjaya menghalang pasukan itu daripada meneruskan kerja-kerja mereka.

Rakaman video eksklusif berdurasi selama 53 saat itu dimuat naik menerusi laman Miaopai oleh seorang pengguna dikenali sebagai First Hand Video.

Menurut sebuah laman antarabangsa, insiden itu dipercayai berlaku di bandar Putian, wilayah Fujian, tenggara China namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Seorang pegawai yang bekerja di Biro Publisiti China di bandar Putian memberitahu seorang wartawan berkaitan video dari First Hand Video: “Pergaduhan itu bising.”

Advertisement

“Tiada tanda jelas yang menunjukkan kejadian itu berlaku di Putian. Namun mereka berbual dalam dialek tempatan,” katanya.

Di dalam video yang tersebar, jelas kelihatan seorang wanita bertindak menghayunkan tuala wanita ke arah beberapa pasukan perobohan yang memakai pakaian seragam berceloreng.

Malah wanita itu juga dilihat berbaring di atas tanah sambil meronta-ronta sebagai tanda protes terhadap kerja-kerja merobohkan kediaman di kawasan terbabit.

Video yang tersebar ditonton lebih 4.75 juta pelayar menerusi laman Weibo yang turut mencetuskan pelbagai reaksi dan komen daripada warga tempatan negara itu. – Agensi

Advertisement

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share