Penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin menegaskan bahawa Dr Mahathir lebih ‘pakar’ berhubung wang haram sewaktu beliau meneraju negara suatu ketika dahulu.

Katanya, Dr Mahathir sendiri menjadikan Bank Negara sebagai kasino apabila negara kerugian RM30 bilion setelah beliau memperjudikannya dengan membuat spekulasi tukaran mata wang asing pada 1990-an disamping kerugian diatas pasaran timah, 10 tahun sebelumnya.

“Tetapi bila kita nyatakan kepada Mahathir mengenai apa yang dilakukannya sewaktu menjadi Perdana Menteri, beliau akan menegaskan beliau tidak buat salah dan apa yang dilakukannya adalah ‘normal’ dan ‘boleh diterima’ dan bukan jenayah,” katanya dipetik Malaysia Today.

Dalam pada itu, Raja Petra turut mendakwa Dr Mahathir mencuri wang royalti rakyat Terengganu apabila bekas Perdana Menteri itu pada tahun 2000 telah membatalkan Akta Petroleum 1974 dan dua lagi akta yang ditandatangani pada 1974 dan 1976 – memperuntukkan 5% royalti diatas segala hasil tanah dan perairan negeri Terengganu.

“RM1 bilion setahun dipindahkan kepada Pejabat Perdana Manteri dan Idris Jusoh dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan wang tersebut,” katanya.

Advertisement

Ujarnya, kerajaan negeri sepatutnya memperoleh royalti 5% setiap tahun telah diganti kepada Wang Ehsan yang nilainya bergantung kepada hasil budi bicara kerajaan persekutuan.

Katanya, Malaysia sepatutnya mengambil contoh negara luar seperti Nigeria dan Kanada yang meraikan hak negeri pengeluar petroleum dengan memberi royalti kepada negeri tersebut.

“Dr Mahathir mmerintah selama 22 tahun. Pemberhentian royalti berlaku semasa zaman dia memerintah. Jadi apa yang berlaku kemudian ini adalah mengikut apa yang dibuat oleh Dr Mahathir sendiri.

“Sekarang bila dia tak ada kuasa barulah dia nak bagi royalti semula kepada negeri (pengeluar petroleum),” katanya merujuk kepada janji Dr Mahathir untuk mengembalikan royalti sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. – Malaysian Digest


Nota Ana Ghoib: Raja Petra menuduh atau mengumpamakan Tun Mahathir mencuri walhal apa yang dilakukan Tun M mengenai wang ehsan masih dalam ruang lingkup undang-undang bukan memasukkan wang ke dalam akaun peribadi.

Tun Mahathir hari ini mungkin sudah kesal nampak kesilapannya berpolitik tidak memberi negeri yang layak royalti tetapi malangnya dasar itu diteruskan Najib hingga Tun Mahathir sendiri terpaksa berikrar kini untuk memberinya jika mereka pembangkang menjadi kerajaan.

Berkenaan spekulasi pelaburan satu soalan kepada Raja Petra apakah beliau boleh kawal pasaran London Metal Exchange kalau kamu tuduh Tun M berjudi pelaburan timah?

Boleh jugakah kamu Raja Petra mengawal pasaran FOREX untuk tidak rugi dalam pelaburan terbuka?

Pelaburan semua berasaskan spekulasi tapi ‘calculated risk’ yang mungkin Tun M tersilap tetapi bukan sengaja buat silap beri komisen tinggi, pinjam bunga tinggi, beli mahal jual murah, hutang dan pakai dulu, wang dalam akaun peribadi, sorok kawan-kawan, langgar proses itu dan ini … kamu boleh sambung ayat ini.

Untuk makluman mudahnya aras pemikiran Raja Petra boleh gariskan dengan tuduhan ‘absurd’ merapunya bahawa rambut seseorang ditemui dilokasi pembunuhan Altantuya?

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share