Ketua Umno Bahagian Bagan Pulau Pinang menawarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) RM200,000, jika ia mengemukakan nama dan nombor kad pengenalan bekas ahli partinya yang didakwa beralih arah.

Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dengan senang hati akan mengeluarkan wang untuk membuktikan PPBM berbohong apabila mendakwa hampir 200 orang ahli Umno dari Kampung Tok Sani – kampung di bawah bahagian Bagan – keluar parti dan menyertai parti baru itu.

“Sehingga hari ini PPBM Pulau Pinang masih belum mendedahkan butiran ahli,” katanya kepada FMT.

“Malah, gimik dilakukan penyelaras PPBM Bagan Shaharudin Saad, yang berkata beliau juga boleh menunjukkan borang dan rumah bekas ahli Umno Tok Sani, tidak sedar, membuktikan beliau hanya cuba memesongkan perhatian daripada ketidakupayaan berbuat demikian.

“Oleh itu, saya menawarkan RM200,000 sebagai pertukaran nama dan nombor kad pengenalan mereka yang didakwa meninggalkan Umno. Jika tidak boleh, saya hanya meminta mereka menderma RM200 kepada sebuah masjid di Bagan.”

Penduduk Kampung Tok Sani, yang diwakili Ahmad Shamsuddin – mendakwa beliau menjadi ahli Umno selama hampir 50 tahun – dilaporkan menyerahkan borang keahlian PPBM pada majlis di kampung tersebut pada Ahad.

Shaik Hussein mengulangi kebanyakan bekas ahli Umno yang dikatakan bukan dari kampung itu, berdasarkan pemerhatian 2 ahli Umno Bahagian Bagan yang turut hadir pada majlis itu.

Beliau juga melahirkan keyakinan PPBM Pulau Pinang tidak akan dapat membuktikan dakwaan mereka, dan hanya cuba menipu orang ramai serta pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka perlu meyakinkan Dr Mahathir yang mereka bekerja keras dan perlu dibayar untuk itu.

“Ini adalah modus operandi mereka sejak mereka berada dalam Umno, yang sudah tentu, membawa kepada penggantungan dan pemecatan.

“Bagaimanapun, tawaran saya hanya sah selama 7 hari bermula hari ini.

“Jika gagal, saya nasihati mereka tutup kedai dan beritahu bos mereka, Dr Mahathir, orang ramai tidak bodoh untuk terpedaya dengan helah mereka.” – FMT

TERBARU: Najib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERKINI: Dr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READ: Angered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share