Pengasas Facebook Mark Zuckerberg  dispekulasikan mahu cuba mengintai jawatan presiden Amerika Syarikat (AS).

Desas-desus ini timbul selepas Zuckerberg memuat naik status di Facebooknya yang seolah-olah menggambarkan dirinya ingin menjadi presiden AS.

Menurut portal berita Newsweek, Zuckerberg sebelum ini sering memuat naik status mengenai resolusi tahun baru.

Antaranya – belajar bahasa Mandarin, berlari sejauh 365 batu, membaca 25 buah buku.

Pada 2017 pula, resolusinya ialah ingin lakukan lawatan ke seluruh AS dengan matlamat untuk membawa “kesan yang lebih positif memandangkan dunia kini memasuki satu tempoh masa yang penting”.

Malah, jutawan berusia 32 tahun itu juga berharap menjelang akhir tahun ini, beliau mampu melawat dan bertemu dengan rakyat di setiap negeri di AS.

“Cabaran peribadi saya untuk 2017 ialah untuk melawat dan bertemu rakyat di setiap negeri di Amerika Syarikat sebelum akhir tahun.

“Saya telah melawat banyak negeri, jadi saya perlu mengembara ke 30 negeri tahun ini untuk melengkapkan cabaran ini.

“Selepas keadaan huru-hara tahun lalu, harapan saya ialah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang dan meninjau cara mereka hidup, bekerja dan berfikir tentang masa depan,” kata Zuckerberg di laman Facebook.

Selain itu, portal Newsweek menyebut, perkara ini timbul selepas dokumen mahkamah menunjukkan, Zuckerberg membuat peruntukan untuk mengekalkan kawalan Facebook jika beliau bekerja dengan kerajaan.

Ini membawa spekulasi bahawa beliau merancang untuk bertanding sebagai presiden suatu hari nanti.

Untuk bertanding sebagai presiden di AS, calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 35 tahun.

Ini bermakna Zuckerberg masih kekurangan tiga tahun sebelum layak bertanding.

DIKEMASKINI: Najib naikkan BR1M RM40,000 boleh beli kereta, Rafizi jawab Irwan Serigar

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

KLIK BACA: Blogger Umno sindir Azalina cuti di Las Vegas 

KLIK VIDEOOSA bukan untuk cegah pendedahan jenayah, peguam beritahu Azalina

DIKEMASKINI: ‘Bahri pegawai kerajaan yang jujur tapi ada yang tidak sealiran?’

DIKEMASKINIJangan cabar saya, kata Datuk Bahri bekas pengarah SPRM

TERKINI: Iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab, kata anak Datuk Bahri SPRM

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share