Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini menegaskan beliau bukan lagi seorang atheis – suatu kepercayaan yang menafikan kewujudan tuhan.

Zuckerberg, seorang pemuda berketurunan Yahudi mendedahkan perkara itu setelah bertemu ketua agama Roman Katolik, Pope Francis dan mempelajari agama Buddha.

Pemuda yang merupakan antara individu terkaya di dunia itu mengatakan agama merupakan satu perkara yang penting.

Minggu lalu, Zuckerberg mengucapkan selamat hari Natal dan hari Hanukkah kepada peminatnya yang beragama Kristian dan Yahudi.

Apabila ditanya oleh seorang peminat, sama ada beliau masih seorang atheis atau tidak, Zuckerberg menjawab:

Advertisements

“Tidak. Saya dibesarkan dalam tradisi Yahudi, lalu saya memasuki tempoh ketika saya bertanyakan banyak hal. Namun, kini saya yakin agama itu sangat penting,” ujar Zuckerberg.

Sebelum ini, Mark Zuckerberg dalam profil akaun Facebooknya menyebut dirinya sebagai seorang atheis.

Zuckerberg sempat memuji agama Buddha yang dianuti isterinya Priscilla Chan, malah turut memuat naik gambar sedang berdoa di sebuah kuil di Xi’an, China.

Beliau juga pernah bertemu Pope Francis tahun lalu namun perbincangan mereka lebih banyak berkisar mengenai hal-hal negara yang sedang membangun.

Zuckerberg dan isterinya sebelum ini diketahui sering membincangkan mengenai isu-isu moral. Kedua-duanya juga pernah berjanji akan menyumbangkan 99 peratus kekayaan mereka untuk tujuan kebaikan seperti bantuan kesihatan.

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

KLIK BACA: Blogger Umno sindir Azalina cuti di Las Vegas 

KLIK VIDEO: OSA bukan untuk cegah pendedahan jenayah, peguam beritahu Azalina

TERBARU: Najib tak sepatutnya guna jet mewah kerajaan bercuti sekarang, kata pembangkang


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share