ALEPPO – SYRIA. Beratus-ratus rakyat Syria kembali ke bandar tersebut Jumaat lalu untuk memeriksa rumah mereka selepas pemberontak meninggalkan kawasan itu pada hari sebelumnya, lapor voanews.com.

Para penduduk kelihatan menyeberangi kawasan perumahan yang sebelum ini sangat berbahaya semasa pertempuran Aleppo berlangsung dengan kot tebal mereka dan mencari barang peribadi mereka di sebalik runtuhan bangunan di situ malah ada di antara mereka tidak pernah pulang ke rumah sejak lima tahun lalu.

Walau kebanyakan dari bandar tersebut telah bebas dari pertempuran namun begitu, masih terdapat keganasan yang berterusan di beberapa bahagian.

Televisyen tempatan turut melaporkan bahawa pemberontak di luar Aleppo telah mengebom satu kejiranan di dalam bandar tersebut dan membunuh 3 orang pada Jumaat lalu.

Balai Cerap Syria berpangkalan di Britain untuk Hak Asasi Manusia yang memantau keganasan mendakwa serangan bermula di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak desa, luar dari Aleppo buat pertama kali sejak operasi memindahkan penduduk berakhir.

Selain itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa bahawa pemindahan penduduk Aleppo ini adalah ‘operasi kemanusiaan antarabangsa yang terbesar di dunia moden ini’ serta tidak mungkin dapat dicapai tanpa penglibatan aktif Rusia, Turki dan Iran.

“Iran, Turki dan Syria telah bersetuju mengadakan perbincangan damai di ibu negara Kazakhstan, Astana untuk menyelesaikan konflik di Syria.

“Rundingan Damai ini dijangka akan diadakan pada bulan Januari,” katanya sewaktu sidang media akhir tahunnya.

Putin juga turut memuji kerja bagus yang dibuat oleh Presiden Syria, Bashar al-Assad mengenai konflik yang melanda negara itu dan menambah bahawa langkah seterusnya buat Syria ialah mengadakan gencatan senjata.

Khamis lalu, Kerajaan Assad mengumumkan mereka mempunyai kawalan penuh terhadap bandar besar Aleppo buat kali pertama sejak 2012.

Sementara itu, pasukan pemberontak bersetuju untuk keluar dari bandar tersebut selepas serangan yang berlaku sejak sebulan lalu. – Agensi

KLIK BACARafizi dakwa Najib ada tiga orang tukang masak

TERKINI:  Siti Nurhaliza ingatkan penyokong Jamal cakap tak guna otak yang Allah kurniakan

TERKINI: Mahathir takjub lihat penyokong Najib

MUST READDr Mahathir – Kleptocratic by Association

TERKINI: Syed Saddiq pulangkan hadiah wang diberi Najib kepada aktivis pelajar yang dihukum

TERKINI: Kenapa neraca keadilan seperti berbeza antara Malaysia, Singapura, Amerika, Switzerland?

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share