Kucing yang dipelihara oleh seorang penghidap Alzheimer terabai sehingga bulunya berubah menjadi panjang dan keras (dreadlock) – Foto Mashable

PENNSYLVANIA – AMERIKA SYARIKAT: Seekor kucing betina yang dipelihara oleh seorang pemilik pelupa yang menghidap Alzheimer terabai sehingga bulunya berubah menjadi panjang dan keras (dreadlock).

Laporan Dailymail mengatakan perkara tersebut dimaklumkan oleh sebuah pusat rawatan haiwan yang terletak di Pittsburgh, semalam.

“Kucing malang ini dibawa ke pusat kami semalam oleh pemiliknya selepas beliau terpaksa dimasukkan ke rumah orang tua-tua,” kata Pusat Kebajikan dan Rawatan Haiwan Liar Pittsburgh.

Kata pusat tersebut, kucing tersebut telah diabaikan bertahun-tahun lamanya, berdasarkan keadaan bulunya yang terlalu panjang.

Kakitangan pusat terbabit kemudian mencukur keseluruhan bulu badan kucing yang dinamakan Hadey terbabit.

Pemilik Hadey sebelum ini adalah seorang warga emas berusia 82 tahun, Paul Russel.

Kata Paul, beliau sendiri ‘terkejut’ dengan keadaan kucingnya tersebut.

“Ketika saya mahu mengambilnya dari bilik bawah tanah, keadaan dia seperti sedang memakai selimut,” kata Paul.

Walaupun Hadey ‘terabai’, kucing berkenaan pandai mencari makanannya sendiri dan dikategorikan sebagai gemuk. – Agensi

TERKINI:  Siti Nurhaliza ingatkan penyokong Jamal cakap tak guna otak yang Allah kurniakan

TERKINI: Mahathir takjub lihat penyokong Najib

MUST READDr Mahathir – Kleptocratic by Association

TERKINI: Syed Saddiq pulangkan hadiah wang diberi Najib kepada aktivis pelajar yang dihukum

TERKINI: Kenapa neraca keadilan seperti berbeza antara Malaysia, Singapura, Amerika, Switzerland?

TERKINI: Nasib baik Tun Mahathir tidak hanya bermain dengan cucu, Nazri mula sedar rakyat tolak Najib

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share