Tentera Syria menyatakan ia sudah menawan semula keseluruhan Aleppo selepas kumpulan terakhir pemberontak dipindahkan dari bandar raya itu, kemenangan terbesar kepada Presiden Bashar al-Assad dalam perang hampir enam tahun itu.

Menurut kenyataan tentera, ia sudah “mengembalikan keselamatan ke Aleppo”, menamatkan tentangan selama empat tahun di bandar raya utara Syria itu.

“Kemenangan itu menjadi titik peralihan penting,” menurut kenyataan itu.

Penawanan semula Aleppo adalah pencapaian paling penting Assad setakat ini dalam perang yang sudah meragut 300,000 nyawa.

Namun pertempuran masih berterusan dengan sebahagian besar negara itu masih dikuasai militan dan kumpulan penentang.

Advertisements

Assad berkata, kejayaan merampas semula Aleppo tu adalah kemenangan yang dikongsi bersama sekutunya, Russia dan Iran.

Tentera udara Russia melancarkan ratusan serangan di wilayah dikuasai pembangkang di Aleppo.

Militan disokong Iran yang diketuai pergerakan Hizbullah pula menghantar ribuan anggota ke bandar raya itu.

Di barat bandar raya itu yang dikawal kerajaan sepanjang perang, saksi berkata kejayaan itu diraikan dengan tembakan, pertunjukan bunga api dan tarian sepanjang malam.

Orang ramai menyanyi, menari dan mengibarkan bendera serta gambar Assad, melaungkan slogan memuji tentera dan presiden.

Kumpulan terakhir pemberontak dan keluarga mereka yang berada di kawasan kecil di timur Aleppo dipindahkan menurut perjanjian yang memberikan tentera dan sekutunya kawalan penuh bandar raya itu.

Sekurang-kurangnya 34,000 orang, penduduk awam dan pejuang pembangkang, dipindahkan dari timur Aleppo dalam operasi selama seminggu yang dihalang cuaca sejuk teruk, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menganggarkan ribuan masih berada di situ.

“Proses pemindahan menjadi trauma, dengan orang ramai menanti selama berjam-jam dan terdedah kepada suhu di bawah paras sifar,” kata jurucakap PBB, Farhan Haq, kepada wartawan di New York. – Reuters

TERKINIMahathir takjub lihat penyokong Najib

TERKINISyed Saddiq pulangkan hadiah wang diberi Najib kepada aktivis pelajar yang dihukum

TERKININasib baik Tun Mahathir tidak hanya bermain dengan cucu, Nazri mula sedar rakyat tolak Najib

TERKINI‘Malaysia jadi bahan ketawa dunia jika Mahathir disiasat cuba memudaratkan demokrasi berparlimen” – Kit Siang

TERKINI: PM NAJIB dicabar bersumpah tak kenal Jho Low

KLIK BACA:  Cina Jho Low berfoya-foya Melayu jadi kuda – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACAPerbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

KLIK BACASyaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share