ANKARA: Duta Rusia ke Turki ditembak mati dari arah belakang ketika menyampaikan ucapan di sebuah galeri seni Ankara pada Isnin oleh seorang pegawai polis yang tidak bertugas.

Penyerang menjerit “jangan lupa Aleppo” dan melaungkan “Allahuakbar” sebelum melepaskan tembakan.

Kementerian Luar Rusia mengesahkan kematian duta Andrei Karlov dan menyifatkan ia sebagai “perbuatan keganasan”.

Hubungan antara Moscow dan Ankara telah lama tegang berhubung konflik di Syria.

Russia adalah sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad dan serangannya membantu tentera Syria di utara bandar Aleppo minggu lalu.

Advertisement

Datuk Bandar Ankara berkata di Twitter bahawa lelaki bersenjata itu adalah seorang pegawai polis.

Dua sumber keselamatan memberitahu Reuters bahawa penyerang tidak bertugas pada masa itu.

Menurut saksi, penyerang berpakaian kemas dalam sut hitam dan bertali leher berdiri seorang diri di belakang mangsa yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.

“Dia mengeluarkan pistol dan menembak duta dari belakang. Kami nampak mangsa terbaring di atas lantai dan kemudian kami melarikan diri,” kata saksi itu yang enggan dikenali.

Orang ramai kemudian bersembunyi di dalam bilik bersebelahan ketika tembakan terus kedengaran.

Satu rakaman video menunjukkan penyerang menjerit: “jangan lupa Aleppo, jangan lupa Syria” dan “Allahuakbar (Allah Maha Besar).

Seorang jurukamera Reuters di tempat kejadian berkata tembakan kedengaran untuk beberapa tempoh masa selepas serangan berlaku.

Agensi berita Turki, Anadolu berkata lelaki bersenjata itu telah dibunuh. – Agensi

KLIK BACA TULISAN PENUHDr Mahathir – Rakyat terus tanggung beban Najib pinjam lagi

TERKINI: Daim –  Tak siapa mahu melabur di negara yang tak hormat perundangan sendiri

KLIK BACA: Lebih banyak Ringgit untuk bayar hutang Yuan China – Dr Mahathir

KLIK BACA: Peninggalan Rangka Manusia Gergasi Ditemui Di Melaka

KLIK BACA: Wanita tubuhkan skuad ‘pembunuh wanita simpanan’ di China

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share